PERSIAPAN SUKAN MALAYSIA 2018
65) PERSIAPAN SUKAN MALAYSIA 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah tahap persiapan kontinjen Selangor dalam menghadapi Sukan Malaysia 2018 yang akan berlangsung di Perak tidak lama lagi?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sedang berada di fasa IV iaitu merupakan fasa akhir bagi persiapan pasukan SUKMA Negeri Selangor. Kurang sebulan lagi pihak Majlis Sukan Negeri Selangor akan berangkat ke Negeri Perak selaku tuan rumah pada edisi SUKMA ke 19 ini bermula 11 hingga 22 September 2018.
Di fasa akhir ini, pasukan lebih menumpukan kepada program-program pemantapan dalaman dan mental atlet serta menyertai kejohanan-kejohanan untuk mengukur tahap pencapaian pasukan masing-masing.
