TANAH LOT LIDI
190) TANAH LOT LIDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status dan kebenaran untuk pemilikan tanah lot lidi yang menjadi trend masa kini dari segi undang-undang pemilikan dan penjualan tanah lot di sekitar kawasan kampung?
Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Penyelarasan Pentadbiran Tanah/ Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (MPPTDPBTNS) Bil. 1/2018 yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 16 Julai 2018 telah bersetuju untuk MENOLAK semua permohonan Pendaftaran Surat Ikatan Amanah atas semua sebab bagi semua lot-lot tanah pertanian di Negeri Selangor. Penolakan ini akan terpakai di Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor sehingga satu dasar berkaitan dirangka dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang halangan untuk mendaftarkan Surat Ikatan Amanah ini bagi kategori selain tanah pertanian.
