JAWATANKUASA KHAS BAGI MENGENDALI ISU MENAIKTARAF DAN MENYELIA JALAN/LEBUHRAYA DI PELABUHAN KLANG

197) JAWATANKUASA KHAS BAGI MENGENDALI ISU MENAIKTARAF DAN MENYELIA JALAN/LEBUHRAYA DI PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau keadaan dan mengkaji semula spesifikasi jalanraya di dalam Negeri Selangor terutamanya jalanraya yang digunakan oleh kenderaan berat seperti di Pelabuhan Klang?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan jawatankuasa   khas berhubung isu keadaan jalan di sekitar Pelabuhan Klang. Namun begitu, pihak JKR Selangor ada menjalankan kajian Penilaian Kondisi Turapan Jalan (Pavemen Condition Assessment, PCA), pada jalan sedia ada. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan ini tidak dilaksanakan secara menyeluruh cuma terhad kepada jalan-jalan negeri sahaja sepanjang 1,100 km. Hasil daripada kajian ini telah digunakan untuk langkah-langkah pembaikan jalan di kawasan sekitar Pelabuhan Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.