KERJA PEMBERSIHAN PARIT
37) KERJA PEMBERSIHAN PARIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah perancangan Kerajaan untuk menyerahkan tugas pembersihan parit daripada MPKK kepada JPS bagi menambah baik kualiti pembersihan?
Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan parit masih dibawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran melalui kerja-kerja sebutharga secara inden dan juga kerja undi. Namun begitu, terdapat beberapa kawasan kerja pelaksanaan akan dijalankan oleh MPKK sekiranya mereka berjaya membida di dalam proses sebutharga yang dijalankan.
