RUMAH KEDAI LAMA TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN MENDUDUKI TIDAK MEMDAPAT LESEN PERNIAGAAN
103) RUMAH KEDAI LAMA TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN MENDUDUKI TIDAK MEMDAPAT LESEN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Rumah kedai yang lama seperti rumah papan di Pandamaran telah dibenarkan untuk dijadikan premis perniagaan. Akan tetapi peniaga baru mengalami kesukaran apabila ingin memohon lesen perniagaan baru di premis lama kerana tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki. Kerajaan perlu mencari cara penyelesaian untuk meluluskan lesen perniagaan di premis tersebut. Apakah cara penyelesaian yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini?
Majlis Perbandaran Klang telah memperkenalkan Program Khas Lesen
(Pemutihan) iaitu pemberian lesen sementara bagi aktiviti perniagaan di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang. Lesen ini boleh dikeluarkan kepada premis yang tidak dapat dilesenkan dengan kaedah sediada disebabkan faktor-faktor utama seperti berikut:-
i) Tiada kebenaran merancang untuk aktiviti perniagaan yang dijalankan; ii) Premis perniagaan tidak mempunyai kelulusan bangunan CCC/CF; iii) Berada di luar zon perancangan yang ditetapkan.
Program Khas Lesen (Pemutihan) ini merangkumi keseluruhan perniagaan seperti aktiviti industri, tred & perniagaan dan aktiviti penjaja.
