PERKEMBANGAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DI SELANGOR

89) PERKEMBANGAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi Kerajaan untuk menggalakkan perkembangan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?

    Polisi/Dasar kerajaan untuk menggalakkan perkembangan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Selangor adalah untuk menekankan STI sebagai satu instrumen sosio-ekonomi yang berupaya mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan, menjana kekayaan dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan 5 asas kukuh dasar STI secara holistik seperti berikut:

    • STI untuk dasar merupakan asas utama dalam memastikan agenda STI di arus perdana dan diterima pakai dan dilaksanakan oleh kementerian, agensi dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.
    • Dasar untuk STI dalam menyokong asas STI di atas kemampuan dan keupayaan STI negara dari aspek infrastruktur, mandat, pengurusan, sumber manusia, peruntukan kewangan dan produktiviti dan dilakukan melalui pemberian dana dan geran, pemindahan dan penyebaran ilmu pengetahuan berkaitan STI kepada sektor awam, industri dan komuniti, mempromosikan kajian yang didorong oleh pasaran serta strategi mempromosikan STI ke arah pertumbuhan negara yang inklusif.
    • Dasar komitmen industri kepada STI adalah bagi memperkukuhkan dan memantapkan kerjasama yang dinamik di antara sektor awam dan swasta, organisasi penyelidikan dan institusi penyelidikan berteraskan industri dan bertindak sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara.
    • Tadbir urus STI bagi merangka kerja STI sedia ada untuk mengukuhkan pelaksanaan dasar, mekanisme untuk memastikan komitmen pelbagai pihak ke atas pembangunan STI negara dan pencapaian program STI.
    • STI untuk membentuk masyarakat yang stabil. Aman, makmur, bersatu padu dan berdaya tahan.

    Berlandaskan 5 asas dasar tersebut, Dasar STI memberi fokus kepada 6 teras strategik seperti berikut:

    1. Memajukan bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan Saintifik dan sosial, dan penkomersialan (R,D&C)
    2. Membangun, memupuk dan menggilap bakat
    3. Menggiat dan mencergaskan industri
    4. Mentransformasi Tadbir Urus STI
    5. Menggalak dan memupuk kesedaran STI dan
    6. Mengukuhkan hubungan Strategik Antarabangsa

Lampiran

Tiada Lampiran.