MENGGANTIKAN PENGHULU MUKIM PETALING 1

110) MENGGANTIKAN PENGHULU MUKIM PETALING 1

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Pejabat Daerah Petaling akan menggantikan Penghulu Mukim Petaling 1 yang telah dipindahkan?

    Jawatan Penghulu Gred NP29 bagi Mukim Petaling 1 Daerah Petaling akan dibuat pengisian setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) mengemukakan senarai nama calon yang berjaya di dalam sesi temuduga yang telah ditetapkan untuk jawatan tersebut. SPN telah membuka iklan bagi jawatan tersebut dan tarikh tutup pada 6 Mac 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.