LATIHAN WARGA TANI
132) LATIHAN WARGA TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah modul latihan warga tani yang diumumkan semasa Bajet Selangor 2017?
a), b)
Jabatan Pertanian Negeri Selangor menganjurkan 2 jenis latihan bagi warga tani iaitu Kursus Jangka Masa Pendek dan Kursus Jangka Masa Panjang. Modul kursus yang dianjurkan meliputi 30% aspek teori dan 70% aspek praktikal.
Bagi Kursus Jangka Masa pendek, kursus-kursus ini ditawarkan disetiap Pejabat Pertanian Daerah dan juga di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang. Bagi tahun 2017, sebanyak 212 buah kursus telah dicadangkan untuk dilaksanakan (Senarai Tajuk Kursus adalah seperti di jadual). Kursus ini meliputi Kursus-kursus tanaman, keusahawan, dan industri asas tani. Kursus yang dianjurkan di daerah merupakan kursus sehari manakala kursus di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang merupakan kursus yang dianjurkan dalam jangka masa 3 hari.
Bagi Kursus Jangka Masa Panjang, sebanyak 2 jenis kursus ditawarkan kepada golongan beli tani iaitu Kursus Kejenteraan Belia Tani dan Kursus Inkubator Usahawan Belia Tani.
Kursus Kejenteraan Belia Tani merupakan Kursus yang dianjurkan khas untuk beli tani yang berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam aspek teknikal pertanian yang berkaitan dengan mesin dan jentera-jentera kecil. Kursus ini dianjurkan di Pusat Latihan Pertanian Tanjong Karang dan mengambil masa selama 5 bulan. Pengambilan setahun adalah sebanyak 2 sesi dan jumlah peserta yang diambil setahun adalah 60 orang.
Manakala, Kursus Inkubator Usahawan Belia Tani merupakan kursus yang dianjurkan di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang. Kursus ini memberi fokus kepada pembangunan projek fertigasi dan ia mengambil masa selama 8 bulan. Seramai 10 orang peserta yang layak akan dipilih untuk mengikuti program ini. Peserta akan diberi latihan intensif berkaitan aspek pertanian khususnya fertigasi tanaman rock melon dan cili.
