KEMPEN BEG PLASTIK SELANGOR
151) KEMPEN BEG PLASTIK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kejayaan program Selangor Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan semenjak 2012?
Program Hari Tanpa Beg Plastik yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 melibatkan beberapa buah pasaraya yang terpilih di Negeri Selangor. Setelah tiga tahun pelaksanaan program tersebut, Kerajaan Negeri telah mengadakan satu kajian awam terhadap penerimaan kempen tersebut pada tahun 2014 yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik semasa itu. Antara hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut:
- Tahap kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan kempen ini adalah tinggi iaitu sebanyak 94%;
- Sebanyak 71% responden bersetuju dengan penambahan hari pelaksanaan kempen ini;
- 40% berpendapat kempen ini berjaya mencapai objektif pengurangan penggunaan beg plastik dan pemuliharaan alam sekitar;
- Seramai 48% responden berpendapat kempen ini berjaya dilaksanakan
Kesimpulannya, kempen ini dapat diterima dengan baik di kalangan pengguna berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan, namun pelaksanaannya perlu penambahbaikan yang berterusan untuk memberikan kemudahan dan manfaat yang berguna kepada masyarakat.
