STATUS PELAKSANAAN PENYELESAIAN YANG DICAPAI PADA 7 APRIL 2016 DAN 23 MEI 2016 TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

165) STATUS PELAKSANAAN PENYELESAIAN YANG DICAPAI PADA 7 APRIL 2016 DAN 23 MEI 2016 TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas penyelesaian dicapai pada 7/4/2016 dan 23/5/2016, Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd masih belum menandatangani apa-apa perjanjian dengan 123 peneroka yang telah ditentukan sehingga kini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan proses penyelesaian tersebut?

    Pihak Berkuasa Negeri melalui Lembaga Perumahan  Hartanah  Selangor  dan Majlis Perbandaran Klang dari masa ke semasa akan memantau kemajuan pembangunan oleh pihak pemaju. Sekiranya berlaku sebarang kelewatan , surat peringatan akan dikemukakan kepada pihak pemaju bagi memastikan proses penyelesaian/penempatan dapat dilaksanakan dengan segera. Pada masa ini pemaju masih dalam peringkat pematuhan syarat-syarat Kebenaran Merancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.