YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
176) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria dab syarat-syarat kelayakan pelantikan pengurus besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)?
Kriteria dan syarat-syarat kelayakan pelantikan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) adalah seperti berikut:
- Kelulusan dan pengalaman kerja yang berkaitan diperingkat Pengurusan Korporat untuk tempoh antara lapan (8) hingga sepuluh (10) tahun;
- Kemahiran dalam pengurusan strategi terutama dalam perancangan hala tuju perniagaan dan ‘business acumen’;
- Kekuatan minda dalam bidang teknikal dan pembangunan perniagaan yang berkaitan dengan industri yang berkaitan dengan aktiviti syarikat;
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang baik;
- Mempunyai kreativiti dan kemahiran perancangan jangka panjang;
- Mempunyai pengalaman dalam urustadbir ‘Corporate Governance’ serta pengurusan mesyuarat Lembaga Pengarah / Lembaga
