RUMAH MAMPU MILIK
126) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah sasaran rumah mampu milik yang akan dibina oleh Kerajaan Selangor untuk tempoh 5 tahun yang akan datang?
Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan perasmian Seminar Pembangunan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor 23 Oktober 2018 telah mensasarkan pembinaan sebanyak 30,000 unit Rumah Selangorku dibina dalam tempoh lima (5) tahun bermula Tahun 2019 hingga 2023. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa projek yang telah diberikan kelulusan membina Rumah Selangorku untuk dipantau dengan lebih teliti bagi memastikan ianya dapat disiapkan dalam tempoh masa tersebut. Projek-projek tersebut terdiri daripada projek seliaan pemaju swasta, anak syarikat Kerajaan Negeri dan juga Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Butiran sasaran tersebut adalah seperti berikut :-

