HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN
79) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di DUN Ijok situasi ini semakin buruk dan membahayakan keselamatan penduduk. Apakah rancangan dan tindakan untuk mengatasi masalah ini?
Pihak MDKS telah menjalankan aktiviti tangkapan dari semasa ke semasa dan mengikut aduan yang diterima , bersama kontraktor yang telah dilantik bagi kerja- kerja tangkapan anjing liar di bawah seliaan MDKS.
Bagi isu monyet liar, pihak MDKS telah memberi kerjasama bersama Pihak Perhilitan, dimana perangkap akan dipasang oleh pihak perhilitan dan dipantau bersama pihak MDKS, serta operasi bersepadu turut dijalankan bersama jika aduan kerap di terima. Pihak JKP juga boleh memainkan peranan bersama tangani isu ini, dengan memasang perangkap monyet, dan memaklumkan pada pihak Perhilitan jika, haiwan tersebut berjaya memasuki perangkap tersebut.
