PELABURAN ASING DI SELANGOR

89) PELABURAN ASING DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam menjalankan projek usahasama dengan pelabur-pelabur asing?

    Aktiviti pelaburan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, tetapi juga membuka peluang bagi projek usahasama dengan Kerajaan Negeri melalui penglibatan anak-anak syarikat Kerajaan

    Kerajaan Negeri sentiasa meneroka peluang – peluang bagi menjalankan projek usahasama yang bersesuaian dengan penglibatan pelabur – pelabur asing.  Antara usaha – usaha yang dilaksanakan seperti;-

    • Menjemput anak-anak syarikat bagi menyertai setiap misi lawatan pelaburan ke luar Negara bagi meneroka projek – projek usahasama;
    • Mengadakan program ‘business matching’ setiap kali lawatan pelabur ke negeri
    • Sentiasa mengadakan program networking bagi menjalinkan hubungan perniagaan antara anak – anak syarikat kerajaan negeri dengan dewan – dewan perniagaan tempatan

    Namun begitu, kebanyakan pelabur asing disektor perkilangan yang mendapat bantuan Invest Selangor lebih cenderung untuk beroperasi tanpa konsep usahasama dengan mana-mana pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.