PERUNTUKAN MARRIS UNTUK SEMUA JENIS JALAN DI DUN SELAT KLANG
154) PERUNTUKAN MARRIS UNTUK SEMUA JENIS JALAN DI DUN SELAT KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perincikan semua jenis jalan yang telah didaftar di bawah MARRIS.
Sebagai makluman, rekod pendaftaran jalan ke dalam Sistem MARRIS Online yang dibangunkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tidak direka bentuk bagi merekodkan data jalan mengikut kawasan Dewan Negeri. Sehubungan itu, tiada maklumat dapat dijana bagi mengenal pasti panjang setiap jenis jalan yang telah didaftarkan di kawasan Dewan Negeri Selat
Sungguhpun begitu, rekod setakat 19 Mac 2018 menunjukkan terdapat sejumlah 2,084.62 km jalan di dalam Daerah Klang telah pun didaftarkan ke dalam Sistem MARRIS Online. Pecahan jenis jalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
Jadual
Statistik Panjang Jalan Negeri Dalam Daerah Klang Yang Didaftarkan Ke Dalam Sistem MARRIS Online
(Setakat 19 Mac 2018)
BIL. JENIS JALAN PANJANG (KM) PERATUS (%) 1. Jalan Raya Negeri (JRN) 487.29 23.38% 2. Jalan Raya Bandaran (JRB) 293.45 14.08% 3. Perbatuan Lorong Belakang (PLB) 224.47 10.77% BIL. JENIS JALAN PANJANG (KM) PERATUS (%) 4. Jalan Perumahan Kos Murah (JPKR) 899.87 43.17% 5. Jalan Raya Kampung (JPKG) 176.78 8.48% 6. Jalan Raya Pertanian (JPTN) 2.76 0.13% JUMLAH BESAR (KM) 2,084.62 100.0% Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah selesai melaksanakan Projek Cerapan Jalan Kampung dengan kerjasama syarikat Selia Selenggara Sdn. Bhd. Berdasarkan dapatan daripada projek cerapan tersebut, terdapat kira-kira 1,101.60 km Jalan Kampung di seluruh Negeri Selangor didapati berada di atas tanah individu/persendirian. Daripada rekod tersebut, sejumlah 424 batang jalan dengan panjang direkodkan 84.71 km berada di dalam kawasan Dewan Negeri Selat Kelang. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Jalan Kampung di atas tanah persendirian ini tidak akan dipinggirkan dan akan disenggarakan mengguna pakai peruntukan MARRIS dengan syarat mendapat surat izin lalu daripada pemilik tanah berkepentingan.
