USAHA KERAJAAN MEMBANTU WARGA EMAS HIDUP SEBATANG KARA
160) USAHA KERAJAAN MEMBANTU WARGA EMAS HIDUP SEBATANG KARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam membantu warga emas yang tidak mempunyai anak atau saudara mara?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor memberikan perkhidmatan kepada warga emas yang merupakan salah satu kumpulan sasar Jabatan. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah:
- Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 untuk warga emas yang hidup sebatang kara, tidak mempunyai sumber pendapatan, boleh berdikari dan mempunyai tempat tinggal. Sehingga Februari 2018, jumlah kes penerima Bantuan Orang Tua di Negeri Selangor adalah 10,270 kes yang melibatkan peruntukan RM3,792,600.00.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menawarkan perkhidmatan institusi kepada golongan warga emas seperti berikut –
- Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang boleh berdikari, hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di Negeri Selangor, terdapat satu Rumah Seri Kenangan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang dan
- Rumah Ehsan untuk warga emas yang tidak boleh menguruskan diri sendiri, hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di Negeri Selangor, terdapat satu Rumah Ehsan yang terletak di Kuala Kubu Bharu.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada menyediakan perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Emas yang merupakan pusat aktiviti harian yang disediakan kepada warga emas yang tinggal di dalam sesebuah komuniti. Berikut adalah senarai Pusat Aktiviti Warga Emas yang terdapat di Selangor:
Pusat Aktiviti Warga Emas Sungai Buloh
Pusat Aktiviti Warga Emas Jenjarom
Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam
Pusat Aktiviti Warga Emas Kampung Kenanga, Rawang
