PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
204) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembelian SPLASH oleh Kerajaan Negeri?
Status pembelian SPLASH masih lagi dalam peringkat rundingan oleh Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) bagi mencapai persetujuan bersama ke atas terma-terma pengambilalihan untuk memastikan persetujuan bersama yang tercapai adalah yang terbaik di dalam memelihara kepentingan negeri dan rakyat secara umumnya. Tarikh akhir yang telah dipersetujui untuk memuktamadkan pengambilalihan SPLASH adalah pada 04 Julai
