ELAUN PENGARAH
206) ELAUN PENGARAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah penjawat awam dan kakitangan anak syarikat yang juga ahli lembaga pengarah badan berkanun atau anak syarikat menyimpan elaun-elaun pengarah yang diperolehi ataupun elaun tersebut dipulangkan kepada Kerajaan Negeri?
Pada masa ini, elaun-elaun Pengarah yang diperoleh oleh penjawat awam dan kakitangan Anak Syarikat yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Anak Syarikat tidak dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri.
Pihak Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pemulangan semula elaun tersebut kepada Kerajaan Negeri bukanlah suatu perkara yang wajar dilaksanakan.
Sebarang elaun yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Anak Syarikat adalah tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 dan Akta Cukai Pendapatan 1967.
