Dewan Negeri Selangor Bentang Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021

Shah Alam, 30 Okt; Dewan Negeri Selangor hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Selangor 2021.

Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor tahun 2021 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor bermula jam 3.00 petang. Belanjawan Selangor 2021 yang dibentangkan pada kali ini berjumlah Dua Bilion, Dua Ratus Lima Puluh Lapan Juta, Satu Ratus Sembilan Puluh Satu, Sembilan Ratus Enam Puluh Sembilan Ringgit Dan Enam Belas Sen (RM2,258,191,969.16) daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 merangkumi lima (5) strategi utama iaitu:

Strategi 1: Agenda Digitalisasi Selangor Pemangkin Negeri Pintar Ulung

Strategi 2: Selangor Sentosa, Ummah Sejahtera

Strategi 3: Memacu Penciptaan Nilai Dan Pembangunan Modal Insan

Strategi 4: Memperkasa Kemampanan Alam Sekitar, Sumber Dan Rantaian Bekalan Makanan

Strategi 5: Merancakkan Pemulihan Ekonomi Dan Pembangunan Industri

Persidangan Dewan Negeri Selangor pada kali ini telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, Ketua-Ketua serta wakil Jabatan / Agensi, Media dan Petugas-Petugas Dewan Negeri.

Walaubagaimanapun, kemasukan ke Bangunan Dewan Negeri Selangor dalam persidangan pada kali ini melalui pemeriksaan yang agak ketat. Hanya individu yang telah menjalani Ujian Saringan Covid-19 dan mendapat keputusan ujian negative Covid-19 dan telah mengemukakan nama kepada Urusetia Persidangan dibenarkan memasuki Bangunan Dewan Negeri Selangor.

Persidangan Dewan Negeri Selangor yang bermula 30 Oktober 2020 akan berlangsung pada 30 Oktober, 02 – 06 November 2020 dan 09 – 12 November 2020.