Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
211) KEHADIRAN ADUN DI MESYUARAT PENUH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apabila seorang ADUN hadir pada mesyuarat penuh PBT, tempat duduknya di belakang sebaris dengan wartawan dan tidak boleh bersuara malah minit hanya dipinjamkan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji kedudukan ini
-
Di manakah nilainya seseorang ADUN yang mendapat Òmandat rakyatÓ apabila perancangan dan projek yang dijalankan melalui PBT di DUN nya tidak di ketahui atau dimaklumkan kepadanya
212) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan nama seluruh Ahli Lembaga Pengarah PNSB dan berapakah jumlah elaun serta bonus yang diterima oleh mereka bermula tahun 2006 hingga 2009 ?
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah jenis perniagaan yang diceburi oleh PNSB ?
-
Sila nyatakan berapakah keuntungan atau kerugian yang dicatatkan oleh PNSB sejak 3 tahun yang lepas ?
213) JAWATAN KONTRAK AHLI MAJLIS, JKKK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Dalam konteks penambahbaikan Kerajaan apakah langkah-langkah yang diambil bagi jawatan-jawatan kontrak seperti Ahli Majlis, JKK dan lain-lain supaya dapat memainkan peranan yang sebenar dalam membawa mesej Kerajaan?
214) ISU SAMPAH SARAP
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan membuka tapak kosong untuk dijadikan tempat pembuangan sampah sarap. Jika ada sila senaraikan tempat yang dicadangkan?
-
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tempat pembuangan sampah sarap yang terlalu jauh dan tidak mencukupi?
215) PAMPASAN ORANG ASLI BUKIT KOMANDOL
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah membina rumah-rumah dan sekolah di tempat yang baru sebagai pampasan kepada Orang Asli di Bukit Komandol, Kuala Langat. Kerajaan Negeri terdahulu juga telah berjanji untuk memberi tanah seluas 3 ekar dan sejumlah wang kepada setiap keluarga. Bilakah mereka boleh berpindah ke tempat yang baru ini?
-
Berapakah jumlah wang yang telah dijanjikan dan berapakah jumlah wang yang telah dibayar kepada mereka?
-
Di manakah lokasi tanah yang dijanjikan itu?
216) PENGANGKUTAN LRT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mencapai satu persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana agensinya mengenai cadangan sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya? Sila berikan butir-butir.
-
Adakah laluan-laluan ini akan berubah memandangkan terdapat bantahan daripada sesetengah penduduk dan apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada para penduduk ini?
-
Sudahkah Kerajaan Negeri membeli tanah/tempat letak kereta bagi laluan LRT ini? Sila berikan butir-butir
217) JAMBATAN KETIGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina jambatan ketiga di Sungai Klang memandangkan Kerajaan Persekutuan enggan membinanya?
-
Apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan jalanraya di kedua-dua jambatan buat ketika ini walaupun keduadua jambatan tersebut dapat berfungsi penuh
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan jalanraya di Bandar Klang pada masa kini?
218) PENJAJA KECIL/PASAR MALAM/SIANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membantu para penjaja/peniaga pasar malam supaya di naik taraf peniaga-peniaga kecil ini seperti mengadakan gerai tetap atau lokasi yang tetap dan sebagainya.
-
Adakah bantuan modal kecil seperti bantuan mikro-kredit ditawarkan untuk penjaja-penjaja ini kerana ini boleh mengelakkan mereka berurusan dengan along-along haram?
219) SEKRETARIAT BELIA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah struktur dan siapakah yang menganggotai Sekretariat Belia Negeri Selangor?
-
Apakah program-program belia dan sukan yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2010?
-
Untuk apakah peruntukan RM4.5 juta telah digunakan dan apakah pecahanpecahannya?
220) CUCIGALI PASIR SUNGAI DI DAERAH PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapakah kontrak cuci gali pasir sungai yang telah diberikan oleh kerajaan negeri di daerah Petaling sehingga kini? Siapakah kontraktor-kontraktornya dan apakah skop kerja mereka?
-
Berapakah nilai kontrak ini dan apakah pulangan yang dapat diperolehi daripada setiap satu kontrak ini?