ADUAN JALAN BERLUBANG MELALUI APLIKASI WAZE
127) ADUAN JALAN BERLUBANG MELALUI APLIKASI WAZE
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze?
Semenjak Ogos 2017 sehingga Jun 2020, secara keseluruhan 104,888 pelaporan jalan berlubang di Selangor telah diterima menerusi aplikasi Waze. Berikut adalah pecahan pelaporan tersebut:
- Pelaporan yang telah disahkan dan dalam tindakan sebanyak 23,207 (22.13%)
- Pelaporan yang telah diselesaikan sebanyak 72,908 (69.51%)
- Pelaporan baharu diterima tetapi belum disahkan sebanyak 8,773 (8.36%)
