ADUAN SAMPAH

190) ADUAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan talian Hot Line ini?

    Merujuk kepada soalan YB Lembah Jaya. Pihak Kerajaan Negeri tidak mewujudkan talian Hot Line tetapi talian bebas tol (toll free) bagi aduan berkaitan sampah logistik yang telah diguna pakai sejak 17 Januari 2012.

    Keberkesanan talian ini adalah meliputi semua aduan berkaitan aduan sampah logistik yang diterima dari kawasan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) seluruh Negeri Selangor. Pihak yang bertanggungjawab (unit aduan,Bahagian Korporat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) menerima aduan ini akan merekod dan mengambil data pengadu seperti nama, alamat pengadu tempat aduan serta maklumat lain. Aduan diterima akan terus dilaporkan kepada PBT dan pegawai PBT yang bertanggungjawab dengan memaklumkan situasi berkaitan sebagai rujukan. Bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan sistem ini, petugas (toll free) akan menghubungi semula pengadu bagi memastikan aduan mereka telah diambil tindakan dan diselesaikan. Manakala bagi kes aduan yang dianggap kritikal unit aduan Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan turun padang bertemu pengadu dan melihat sendiri permasalahan yang timbul. Semua pengadu yang ditemui diberi cenderahati sebagai tanda terima kasih daripada Kerajaan Negeri Selangor atas aduan yang telah dikemukakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.