Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

250) AEDES DAN DENGGI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah bersepadu yang telah diambil oleh kerajaan negeri di dalam menghadapi wabak Denggi dan menghapus pembiakan nyamuk Aedes di negeri Selangor?

    Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kejadian demam denggi ialah:

    • Penekanan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) .
    • Penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan  masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi saperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur.
    • Melaksanakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia diadakan di semua daerah yang mengalami wabak denggi dengan tujuan utama mesyuarat adalah untuk meningkatkan koordinasi pelbagai agensi kerajaan/ bukan kerajaan/ NGO dan persatuan penduduk untuk mengatasi fakto risiko pembiakan nyamuk Aedes di lokaliti wabak denggi. Disamping itu, di peringkat Kerajaan Negeri Mesyuarat Wabak Denggi Mingguan (Dipengerusikan oleh Dato’ Teng) dilaksana bagi merencana serta memantau aktiviti kawalan denggi serta pencegahan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Menjalankan langkah-langkah kawalan denggi, seperti semburan kabus dan larvisiding apabila kes denggi dilaporkan oleh klinik/ hospital kerajaan & swasta.
    • Bekerjasama dengan sekolah-sekolah melalui Program Bebas Denggi Sekolah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Program Khas yang dianjur oleh setiap PBT untuk memberi kesedaran serta memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di semua sekolah-sekolah.
    • Penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk Aedes.

Lampiran

Tiada Lampiran.