AGIHAN PROJEK MARRIS UNTUK KONTRAKTOR G1 DI DALAM DUN.

217) AGIHAN PROJEK MARRIS UNTUK KONTRAKTOR G1 DI DALAM DUN.

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan kontraktor kecil GI khasnya bumiputera mendapat agihan projek yang seimbang di dalam DUN dia menetap?

    1. Pada masa ini, pemberian dan lantikan kontraktor bagi kerja-kerja di bawah peruntukkan marris adalah berdasarkan kepada pelawaan secara sebutharga/tender terbuka yakni melalui proses iklan di laman web Majlis Perbandaran Klang yang diselia oleh Bahagian Ukur Bahan, yang turut menyemak dokumentasi kontraktor yang menghantar sebutharga masing-masing, manakala keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga/Tender yang diwakili oleh bahagian penilaian harga dan teknikal bagi memastikan setiap kontraktor mendapat peluang yang adil dan melalui proses pemilihan yang sama/saksama.

Lampiran

Tiada Lampiran.