Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

201) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah proses pemilihan ahli lembaga pengarah?

     

    Proses pemilihan ahli lembaga pengarah bagi setiap Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    BIL ANAK SYARIKAT / BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PROSES PEMILIHAN AHLI LEMBAGA PENGARAH
    1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah PKNS tertakluk kepada Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964, No. 4 tahun 1964 – rujuk

    Bahagian II Klausa 4. (1)

    2 Perbadanan Kemajuan                      Pertanian Selangor (PKPS) Pemilihan Ahli Jemaah PKPS adalah berdasarkan kepada Enakmen PKPS Tahun 1972 pindaan Tahun 2005 yang menyatakan bahawa :

    (2) Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut :

    a)      Seorang Pengerusi yang hendaklah pada masa itu memegang jawatan Menteri Besar Negeri Selangor;

    b)     Seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selagor;

    c)    Dua orang ahli ex-officio yang hendaklah pada masa

    itu memegang jawatan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri

     

        Selangor;

    d)      Tidak lebih dari lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri Besar daripada mana-mana orang yang telah menunjukkan kebolehan dan mempunyai pengetahuan dalam perkara yang berhubung dengan pertanian, pemasaran kewangan, pentadbiran, penyelidikan, pembangunan hartanah, pembuatan atau dengan cara lain sesuai untuk pelantikan itu berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan khas mereka; dan

    e)   Tiga orang wakil daripada Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Perdana Menteri atau mana-mana menteri yang dinamakan olehnya.

    3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001, komposisi Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

    (a)    Menteri Besar sebagai Pengerusi;

    (b)         Setiausaha   Kerajaan    Negeri    sebagai   Timbalan Pengerusi;

    (c)       Tiga (3) orang wakil dari Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu:

    i.   Pegawai Kewangan Negeri

    ii.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)

    iii.             Pengerusi     Jawatankuasa     Tetap      Perumahan,

    Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar

    (d) Tiga (3) orang wakil dari Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Menteri:

    i.   Kementerian Kewangan

    ii.     Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    iii.    Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

    (e)    Seorang wakil dari pemaju-pemaju perumahan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri ; dan

    (f)       Dua (2) orang wakil dari pertubuhan-pertubuhan professional berkaitan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

    Pelantikan wakil Kerajaan Negeri adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri manakala pelantikan wakil Kerajaan Persekutuan adalah tertakluk kepada Menteri daripada Kementerian yang berkaitan. Keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah LPHS bagi wakil-

    wakil    pemaju    dan   pertubuhan    professional adalah

     

        selama dua (2) tahun berdasarkan sesi penggal.
    4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) i) Mengikut Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah ditawarkan dalam Warta Kerajaan No.5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No.29,2011 (pindaan), keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri seorang Pengerusi, seorang Tembalan Pengerusi, empat (4) ahli atas nama jawatan dan tidak kurang daripada enam (6) orang ahli yang lain hendaklah dilantik

    oleh Raja dalam Majlis.

        ii) Selain daripada yang tersebut dalam perenggan 2.1 diatas, Enakmen ini memperuntukan empat (4) keahlian berikut atas nama jawatan, iaitu:-
        1. Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakil
        2. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Malaysia
        3. Wakil Perpustakaan Negara Malaysia
        4. Wakil Persatuan Pustakawan Malaysia
    5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Seperti di Lampiran A.
    6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Pelantikan ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) adalah berdasarkan kepada  Seksyen 4, Enakmen LUAS 1999. Seksyen 4 Enakmen LUAS 1999 menetapkan keahlian mengikut jawatan-jawatan

    seperti berikut;

        i. Pengerusi
        – YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor
        ii. Timbalan Pengerusi
        – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
        iii. Setiausaha
        – Pengarah LUAS
        iv. Ahli
        – Pegawai Kewangan Negeri Selangor
        – Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
        –    2    orang   Ahli   Majlis    Mesyuarat    Kerajaan   Negeri

    Selangor yang dilantik oleh YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor

        – Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia
        – 5 orang yang dilantik yang mempunyai kepakaran tinggi

     

        di dalam pengurusan sumber air
    7 Yayasan Selangor Perlantikan Ahli Lembaga seperti yang telah dinyatakan dalam Memorandum & Articles Yayasan Selangor. Bagaimanapun, Pengerusi (YAB Dato Menteri Besar) ada budi bicara penuh untuk melantik pihak lain menjadi Ahli Lembaga. Proses pelantikan adalah secara Circular Resolution atau diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
    8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:-

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    9 Permodalan     Negeri Selangor Berhad Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:-

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:-

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    11 Tourism Selangor Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang

     

        saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:-

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    12 Communication Corporation Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:-

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    13 Rantaian Mesra Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk/pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Perlantikan Ahli Lembaga seperti yang telah dinyatakan dalam Memorandum & Articles Yayasan Selangor.

    Bagaimanapun, Pengerusi (YAB Dato Menteri Besar) ada budi bicara penuh untuk melantik pihak lain menjadi Ahli Lembaga. Proses pelantikan adalah secara Circular Resolution atau diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

    15 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (MSNS Holdings Sdn Bhd) Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk/pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:

    i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

     

        ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
    16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad Menurut Artikel 76 Tataurusan Syarikat KDEB, sementara Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(Enakmen No. 3, 1994) memiliki kawalan kepentingan di dalam Syarikat, jawatan Pengerusi Syarikat akan disandang oleh Menteri Besar Selangor. Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri akan menjadi Lembaga Pengarah bagi mewakili kepentingan Kerajaan Negeri dan kedudukan mereka sebagai ahli Lembaga Pengarah akan gugur secara automatik apabila mereka menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri.

    Sementara itu, bagi perlantikan pengarah tambahan pula, pencalonan akan dibuat oleh Pejabat Menteri Besar Selangor untuk diluluskan oleh Lembaga Pengarah KDEB.

    17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:-

    i)        Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;

    ii)      Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

    18 Invest Selangor Berhad Invest Selangor Berhad yang dahulunya dikenali sebagai SSIC Berhad telah ditubuhkan pada 22hb April 1999 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb Jun 1999.

    Memorandum And Articles Of Association syarikat telah merekodkan bahawa perlantikan Ahli  Lembaga Pengarah (First Directors) Invest Selangor Berhad adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor yang memegang jawatan seperti berikut :

    i.   YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

    ii.   YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

    iii.    YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Selangor

    iv.          Y.Bhg    Timbalan    Setiausaha    Kerajaan    Negeri Selangor ( Pembangunan )

     

        v.  Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor

    vi.  Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad

     

    Nota:

    Keahlian Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Invest Selangor Berhad telah digantikan dengan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan )

    Kertas Ringkasan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Invest Selangor Berhad Bil 3/2014 yang diadakan pada 17hb November 2014 yang lalu telah menyatakan dengan jelas berhubung perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Invest Selangor Berhad adalah secara automatik berdasarkan kepada penjawatan kakitangan tersebut.

    19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah YAWAS adalah berdasarkan kehendak yang dinyatakan dalam “Memorandum and Articles Of Association” YAWAS. Bagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Bebas) dipilih berdasarkan kelayakan dan pengalaman dalam bidang professional masing-masing.
    20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Proses pemilihan ahli lembaga pengarah berdasarkan jawatan seperti terkandung dalam memorandum dan artikel syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.