AHLI MAJLIS
157) AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ahli Majlis diberi tempoh tertentu untuk menduduki sesuatu jawatankuasa di setiap PBT. Berapakah tempoh yang biasa untuk jawatankuasa tender, sebut harga dan OSC ?
- Sepertimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, tempoh biasa bagi seseorang Ahli Majlis yang akan menjadi Ahli Jawatankuasa Tender dan Ahli Jawatankuasa Sebut harga adalah selama 6 bulan yang dikenali sebagai sistem penggiliran. Bagi Jawatankuasa OSC pula, tempoh pelantikannya adalah sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang Ahli Majlis di mana pelantikannya dibuat adalah berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman dan juga latar belakang.
