Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

92) AIR PERCUMA 20 METER PADU UNTUK RUMAH PANGSA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan negeri dapat menjalankan sepenuhnya program air percuma 20 meter padu untuk rumah pangsa terutamanya kos rendah di seluruh Selangor?

    1. Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan program pemberian air percuma dapat dilaksanakan di semua kawasan pangsapuri kos rendah di Negeri Selangor yang masih menggunakan meter air pukal. justeru itu, berdasarkan analisa yang dibuat ke atas prestasi program pemberian air percuma ini selama 6 bulan bermula bulan Jun sehingga Disember 2010, Kerajaan Negeri telah membuat penambahbaikan kepada syarat dan proses tuntutan rebet air percuma supaya  program  pemberian air  percuma ini dapat dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada bulan Jun 2011. sehingga  kini, Kerajaan Negeri sedang membuat pengemaskinian data untuk mengemas  kini  status migrasi meter individu serta butiran lengkap mengenai pihak pengurusan  bangunan dan jumlah unit kediaman yang diduduki bagi setiap pangsapuri kos rendah di negeri Selangor bertujuan memastikan tiada kawasan pangsapuri kos rendah yang menggunakan akaun meter air pukal tercicir menyertai program pemberian air

Lampiran

Tiada Lampiran.