Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

151) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah ahli tribunal yang telah dilantik?

    Pelantikan Ahli Tribunal Strata adalah berdasarkan kepada Seksyen 103(1) (b)

    • atau Seksyen 103(1) (b) ii Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]. Rentetan daripada itu, ketetapan pada persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Selangor Kali Ke-13 tahun 2015 yang bersidang pada 17 Ogos 2015 telah meluluskan suatu ketetapan seperti berikut:-

     

    1. i) Pemberian kuasa Eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan persetujuan Kerajaan Negeri untuk melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Anggota, Pegawai dan Kakitangan Tribunal Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 dan Menteri hendaklah menamakan dua (2) orang calon yang disyorkan oleh Kerajaan Negeri sebagai anggota Tribunal Pengurusan Strata

    Selaras dengan ketetapan-ketetapan tersebut, Kerajaan Negeri telah memohon nama-nama calon yang sesuai dan berkelayakan daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti mana yang disyaratkan di dalam Seksyen 103(1) (b) (i) atau Seksyen 103(1) (b) ii Akta Pengurusan Strata 2013 bagi tujuan penamaan calon untuk menganggotai TPS. Seksyen 103(1)(b)(i) dan Seksyen 103(i)(b)(ii) memperuntukkan pemilihan dan pelantikan calon seperti berikut:-

    1. Orang yang merupakan anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau
    2. Orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun.

    Berdasarkan perkara b(a) dan b(b) tersebut, Pentadbiran ini telah mengemukakan surat kepada badan-badan guaman dan individu yang berkaitan untuk mendapatkan senarai calon yang sesuai dan berkelayakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya menerima satu nama calon sahaja untuk dipertimbangkan sebagai anggota TPS. Kerajaan Negeri masih berusaha untuk mencari calon-calon yang layak untuk dinamakan sebagai ahli TPS.

    Oleh itu, Kerajaan Negeri memohon kepada ahli-ahli Y.B sekalian untuk mengemukakan resume calon-calon yang berkelayakan mengikut syarat-syarat di atas untuk dinamakan sebagai wakil Kerajaan Negeri sebagai ahli TPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.