AKTIVITI MELETUP BATU BATA
157) AKTIVITI MELETUP BATU BATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Aktiviti meletup batu bata bukit di tepi tapak kawasan Perumahan Bandar Damai Perdana Seksyen 10 (Fasa 2), Cheras, Selangor menyebabkan retakkan dinding rumah sangat serius. Apakah tindakan penguatkuasaan Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti berbahaya ini tidak berulang?
Pihak Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan merupakan agensi yang memberikan kelulusan bagi kerja-kerja letupan batu. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan perlu dibuat oleh agensi yang memberikan kelulusan. Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pula merupakan agensi yang memberi kelulusan bagi membekal dan membawa bahan letupan ke tapak
