AKTIVITI PENGELUARAN PASIR
46) AKTIVITI PENGELUARAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adalah dimaklumi kawasan Berjuntai Bestari dan Pesisir Sungai Selangor adalah di antara kawasan utama bagi penghasilan pasir di Negeri Selangor. Senaraikan syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan untuk mengendalikan pengeluaran pasir di kawasan berkenaan bermula daripada April 2008?
Berdasarkan rekod semasa (April 2008 – kini), Kerajaan Negeri belum meluluskan
sebarang permit 4C bagi memindah dan mengeluar bahan batuan termasuk pasir di
kawasan DUN Permatang.
