ALAM SEKITAR
188) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan kawasan-kawasan bakau (mangrove) di Negeri Selangor dan nyatakan keadaannya. Apakah inisiatif-inisiatif kerajaan untuk memelihara kawasan bakau?
- Sebahagian besar dari kawasan hutan bakau diwartakan sebagai hutan simpanan kekal. Pada masa ini terdapat 26 kawasan hutan bakau telah diwartakan sebagai hutan simpan melibatkan kawasan seluas ±18,998 hektar @ 2.3% daripada keluasan tanah Negeri (±792,534 hekar).
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan sentiasa memantau dan menjalankan rondaan penguatkuasaan secara berkala bagi menjamin keadaan hutan bakau sentiasa terpelihara bagi menjamin kawasan hutan bakau dapat memainkan peranannya dalam melindungi ekosistem persisiran pantai. Dalam masa yang sama Jabatan juga menjalankan kempen kesedaran dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan dan juga pihak sekolah sebagai usaha meningkat kesedaran serta memulihara kawasan hutan bakau.
Selain itu Program penanaman pokok bakau juga diteruskan melalui Program Penanaman Bakau dan Spesies-spesis yang Sesuai di Pesisir Pantai Negara yang mana peruntukan ini telah digunakan penanaman serta rawatan pokok bakau.
Maklumat Tambahan
– Seperti di Lampiran I (Hutan Simpan Paya Bakau)
