ALAM SEKITAR

115) ALAM SEKITAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon laporan berkenaan pengurangan populasi kelip-kelip dan penghijrahan burung di Selangor

    Dasar Kerajaan Negeri Selangor berkenaan penggunaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi Projek Infrastruktur Persekutuan adalah seperti berikut :

    • Kawasan HSK yang terlibat merupakan pilihan cadangan terakhir;
    • Projek tersebut mempunyai kepentingan nasional yang akan memberi kemudahan kepada rakyat dan masyarakat setempat;
    • Pihak pemohon telah melaksanakan beberapa kajian yang berkaitan dan telah mendapat kelulusan seperti Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Detail Environment Impact Assessment (DEIA), Pelan Hidupan Liar dan kajian-kajian lain yang berkaitan;
    • Mendapat ulasan dan sokongan daripada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi teknikal yang berkaitan;
    • Proses Penyiasatan Awam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyiasatan Awam;
    • Laporan Penuh Jawatankuasa Penyiasatan Awam akan disediakan dan diangkat bersama Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
    • Sekiranya diluluskan, proses pewartaan pemansuhan dan penggantian HSK akan dijalankan serentak dengan keluasan yang sama atau lebih besar; dan
    • Selain itu, gantirugi pokok dengan gandaan tiga (3) juga akan dikenakan bagi kawasan yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.