AMALAN KETELUSAN DALAM PENTADBIRAN
87) AMALAN KETELUSAN DALAM PENTADBIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kayu ukur yang digunakan oleh Kerajaan bagi memastikan amalan ketelusan dalam pentadbiran?
Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007, Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan program-program pembaharuan perkhidmatan awam yang terkandung di dalamnya nilai-nilai murni dan seterusnya membangunkan strategi meningkatkan pengamalan nilai-nilai
SPAN ini bertujuan untuk :
- Mengumpul maklumat latar belakang jabatan, program nilai yang telah dijalankan dan juga laporan tahunan jabatan daripada pelbagai sumber;
- Menilai ideologi, persepsi dan tahap pengamalan nilai peribadi diri pegawai di agensi;
- Menilai pengalaman dan persepsi pelanggan ketika berurusan dengan agensi; dan Membangunkan strategi meningkatkan pengamalan nilai di agensi berdasarkan hasil keputusan
Dalam pelaksanaan SPAN, terdapat lima (5) instrumen yang digunakan iaitu:
- Rekod Amalan Nilai;
- Indeks Nilai Ideal;
- Indeks Nilai Peribadi;
- Indeks Nilai Organisasi; dan
- Rekod Maklumbalas
Secara keseluruhannya, Indeks Nilai Komposit menunjukkan 82.38% dengan tahap pengamalan nilai ‘Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan’.
