Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
251) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor?
Anak Syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada Badan Berkanun dan kumpulan Syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI).
Terdapat enam (6) Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri. Manakala di bawah MBI, terdapat 20 buah Anak Syarikat yang terdiri daripada 17 buah syarikat di bawah kategori State Owned Enterprises dan tiga (3) buah di bawah kategori Company Limited By Guarantee.