Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

4) ANAK SYARIKAT NEGERI (GLC)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan GLC dan strateginya dalam pembangunan ekonomi Negeri Selangor?

    Secara khususnya penubuhan Tourism Selangor adalah penting bagi menjana perkembangan ekonomi negeri Selangor dengan tujuan untuk mempromosikan industri pelancongan Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai satu agensi yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus terhadap pembangunan bidang pelancongan.

    Berikut adalah peranan utama dan matlamat penubuhan Tourism Selangor:

    • Merangsang ,mempromosi , menyediakan dan menyebarkan maklumat pelancongan serta memasarkan Selangor sebagai destinasi pelancongan bukan sahaja diperingkat kebangsaan dan antarabangsa
    • Memaksimumkan penggunaan prasarana pintu masuk utama untuk menarik pelancongan asing dan tempatan
    • Menambah jumlah kedatangan pelancong tempatan dan asing ke negeri Selangor
    • Memperkenalkan dan menaik taraf acara-acara pelancongan ke tahap kebangsaan dan antarabangsa
    • Memperkenalkan dan menawarkan produk / kraftangan Selangor dan lain-lain cenderahati
    • Mengadakan dan menjalankan kempen pengiklanan untuk mempromosikan Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan dengan menggunakan medium seperti media cetak dan media eletronik serta menerbitkan risalah , majalah ,buku panduan serta pela untuk panduan para pelancong.
    • Menyediakan laman web Tourism Selangor iaitu yang boleh dicapaiwww.tourismselangor.org
    • Mengambil bahagian dalam pameran promosi pelancongan di dalam dan diluar negara sama ada bersama Tourism Malaysia atau atas jemputan pihak penganjur.
    • Mengujudkan dan mengadakan kalender acara tahunan .
    • Menyediakan cenderahati serta mempromosikan produk kraftangan tempatan
    • Mengenal pasti produk – produk  pelancongan di negeri Selangor dan berusaha bersama dengan produk operator bagi tujuan promosi .
    • Mengumpul data dan rekod statistik mengenai produk dan pelancong bagi tujuan penyelidikan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.