ANJING LIAR
77) ANJING LIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani peningkatan jumlah anjing liar?
Dan b)
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil pelbagai langkah yang komprehensif bagi membasmi anjing liar dari tahun 2008 sehingga 2014. Kerajaan Negeri juga akan mengunapakai Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran A yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT). Antara langkah yang telah diambil adalah seperti di berikut :-
- Menjalankan operasi tangkapan anjing terbiar di lokasi-lokasi yang diadukan dan kawasan sekitar dengan penggunaan umpan dan perangkap, sumpitan pelali, penjerut.
- Melantik kontraktor bagi penangkapan anjing
- Menubuhkan pasukan kawalan anjing
- Melaksanakan program KEMBIRI melalui sistem pelesenan anjing seperti yang di jalankan oleh MPS
- Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan pelesenan
- Menguatkuasakan program pemandulan dalam sistem pelesenan anjing.
Sehubungan itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT telah menetapkan sasaran yang jelas dalam mengatasi masalah pembiakan anjing liar di Negeri Selangor iaitu untuk mengurangkan populasi anjing liar dengan melaksanakan kerja-kerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan undang-undang
