Apakah Status Prestasi Pemutihan Kilang Haram Sehingga Kini
177) Apakah Status Prestasi Pemutihan Kilang Haram Sehingga Kini
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mahu melanjutkan lagi tempoh pemutihan yang sepatutnya berakhir pada 30 September 2020?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 25/2019 bertarikh 28 Ogos 2019 telah bersetuju untuk meluluskan cadangan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor bermula 1 Oktober 2019 sehingga 30 September 2020.
Walau bagaimanapun, MMKN ke 25/2020 bertarikh 8 Julai 2020 telah bersetuju untuk melanjutkan program ini sehingga 31 Disember 2020 berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa susulan pandemik wabak Covid-19.
