BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN
146) BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peruntukan yang disediakan bagi membaik pulih dan menaiktaraf bangunan-bangunan kerajaan, kompleks penghulu dan sekolah-sekolah yang diperuntukkan di Selangor khasnya di Semenyih?
Untuk makluman, bagi tahun 2018 Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM 3 juta bagi kerja baik pulih bangunan kerajaan. Skop kerja merangkumi baik pulih kuarters kerajaan, kompleks penghulu dan Pejabat Daerah / Tanah. Manakala, bagi bangunan sekolah hanya Sekolah Rendah Agama dan Sekolah KAFA yang diberi peruntukan bagi kerja baik pulih bangunan oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
