Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

81) BAIKPULIH BALAIRAYA JKKK BAGAN HAILAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah projek baikpulih balairaya tersebut yang telah dimohon JKKK sejak 2 tahun?

    Pejabat Daerah Tanah Klang tidak menerima sebarang permohonan baik pulih balairaya daripada pihak JKKK. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah Tanah Klang telah pun membuat siasatan tapak balairaya JKKK Bagan Hailam tersebut. Siasatan yang dibuat mendapati, bangunan tersebut tidak sesuai untuk dibaikpulih dan ianya perlu dinaiktaraf atas faktor struktur binaan sedia ada tidak selamat digunakan. Keadaan lantai juga rendah dan akan ditenggelami air terutamanya ketika air laut pasang.

Lampiran

Tiada Lampiran.