Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

31) BAIKPULIH LONGKANG DAN PARIT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri membelanjakan sepenuhnya peruntukan untuk baikpulih longkang dan parit di Selangor pada tahun 2015?

    Daripada keseluruhan peruntukan mengurus bagi tujuan baikpulih longkang dan parit adalah sebanyak RM 23,789,069.84, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mencatatkan perbelanjaan peruntukan sebanyak RM 9,740,716.50 di bawah peruntukan mengurus Kerajaan Negeri untuk baikpulih longkang dan parit di Selangor pada tahun 2015.

    Manakala, baki dari keseluruhan peruntukan tersebut adalah merupakan tanggungan bagi bayaran kerja yang dilaksanakan pada tahun 2015 dan dijangka keseluruhan peruntukan untuk tujuan baikpulih longkang dan parit di Selangor ini dapat dibelanjakan sepenuhnya.

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (UPEN)

Lampiran

Tiada Lampiran.