BANGUNAN BAHARU DEWAN NEGERI SELANGOR
190) BANGUNAN BAHARU DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang membina kompleks baharu Dewan Negeri Selangor?
Cadangan Pembinaan Bangunan Annex II telah dibangkitkan oleh Y.B. Tuan Ng Suee Lim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan dalam Persidangan Dewan Negeri enam (6) tahun yang lalu. Bangunan Annex II yang dicadangkan ini bakal menjadi pejabat pentadbiran kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri (ADN) terutama semasa Persidangan Dewan Negeri. Sehubungan itu, Draf Brif Projek telah disediakan dan pihak JKR Bahagian Arkitek sedang dalam proses mengemaskini Skop Projek Cadangan Pembinaan Bangunan Annex II. Pihak JKR Bahagian Bangunan juga sedang dalam proses melantik Juruukur Berlesen bertujuan memperincikan kesesuaian tapak dan keluasan yang
