Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

115) BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Beberapa bahagian dari Pekan Bangi hingga ke Jalan Reko, Bangi Ð Kajang sering berlaku Banjir apabila hujan turun agak lebat. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya banjir?

    Faktor berlaku banjir ;

    1. Sistem perparitan dalaman dan sungai yang tidak dapat menampung jumlah air larian dan kelodak yang bertambah disebabkan pembangunan kawasan Bangi dan Kajang yang pesat.
    2. Infrastruktur seperti pembentung, jambatan dan ban sedia ada berada di bawah paras banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.