Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

222) BANJIR KILAT DI SINAR ALAM ( S A 2) PUNCAK ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan tragedi Ogos lalu berulang kembali di kawasan berkenaan?

    1. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah mengambil tindakan untuk jangka pendek seperti berikut:-
      1. JPS, Daerah Kuala Selangor telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan mendalamkan serta melebarkan parit tanah sedia ada termasuk membuang 3 buah pembentung yang menghalang aliran air (bottleneck) di kawasan Jalan Meru Tambahan Puncak
      2. Pihak JPS juga dalam proses sebutharga bagi melantik kontraktor bagi kerja membersih dan mendalamkan kolam takungan di kawasan Puncak Alam Fasa 2.

    Pihak Majlis telah mengambil tindakan untuk jangka pendek seperti berikut:-

    Pihak Majlis juga telah membuat pembersihan sampah sarap dan kelodak di kawasan saluran masuk (inlet) dan keluar (outlet) kolam takungan Fasa 2 Bandar Puncak Alam ke kolam takungan kawasan pembangunan Puncak Bestari, Bandar Puncak

    Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor juga telah mengarahkan pemaju berhampiran kawasan ini untuk membuat pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di kawasan pembangunan masing- masing yang melibatkan pemaju seperti:-

    1. Shah Alam 2 Sdn. Bhd
    2. Worldwide Holdings Bhd
    • Guppyunip Sdn. Bhd

     

    Pada 17 Ogos 2015, pihak Majlis juga telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan berkenaan perancangan tindakan bagi pencegahan kejadian banjir di kawasan Bandar Puncak Alam bersama pihak JPS Daerah Kuala Selangor, JKR Daerah Kuala Selangor dan pihak pemaju yang terlibat di kawasan tersebut.

     

    Pihak Majlis bersama penduduk di kawasan Lorong Lautan Samudera 9/5, 9/6 dan 9/7, Fasa 2 Bandar Puncak Alam telah mengadakan gotong-royong bagi membantu mangsa-mangsa terlibat membersihkan rumah dan barang-barang buangan serta saliran longkang di kawasan tersebut pada 12 Ogos 2015.

    Pihak Majlis telah mengambil beberapa tindakan jangka panjang seperti berikut:

     

    1. Kolam takungan di kawasan Fasa 2 Bandar Puncak Alam (bersebelahan Masjid Puncak Alam) dicadangkan untuk dinaiktaraf semula dari segi kebolehan dan kapasitinya untuk menampung air dari saliran longkang di kawasan tersebut dan kawasan pembangunan berhampiran dengan kerjasama pihak JPS Daerah Kuala
    2. Cadangan membina ‘spillway’ dari kolam takungan utama Fasa 2 Bandar Puncak Alam (bersebelahan Masjid Puncak Alam) ke kolam takungan Puncak Bestari dengan kerjasama pihak JPS Daerah Kuala Selangor.

    3 Cadangan untuk menaiktaraf paip pembetung (cross culvert) di laluan Persiaran Puncak Alam 6 (Laluan Antara Pusat Perniagaan Alam Jaya ke Fasa 3 Bandar Puncak Alam) agar dapat menampung aliran air dari kawasan Bandar Puncak Alam ke kawasan Taman Alam Jaya.

    4. Kajian semula keseluruhan jaringan saliran parit tanah yang tidak  sempurna dari laluan Persiaran Puncak Alam 6 ke saliran perparitan kawasan Taman Alam Jaya. Jaringan sistem saliran perparitan yang tidak sempurna dan mempunyai banyak halangan bagi penyaluran air dari kolam takungan dari kawasan Bandar Puncak Alam ke kawasan Taman Alam Jaya dan seterusnya ke Sungai Buloh.

Lampiran

Tiada Lampiran.