BANJIR KILAT DUN BANDAR UTAMA

146) BANJIR KILAT DUN BANDAR UTAMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kampung Chempaka telah dilanda banjir kilat yang semakin serius pada setiap tahun akibat keadaan Sungai Kayu Ara. Sila maklumkan garis masa yang diperlukan bagi projek penaiktarafan bernilai RM 20 Juta diputuskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini

    Projek Menaiktaraf Sungai Kayu Ara yang berjumlah RM 20 Juta adalah salah satu skop di dalam Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Damansara yang telah diluluskan di dalam RMK11. Namun begitu, pelaksanaan projek ini akan disambung ke RMK12. Pada tahun 2020, pihak jabatan di dalam proses untuk membuat lantikan perunding. Garis masa pelaksanaan adalah sebagaimana berikut :

     

    Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 2025
    Lantikan Perunding, Kerja-kerja Rekabentuk, Penyediaan Dokumen Tender, Proses Perolehan dan Lantikan Kontraktor            
    Kerja-kerja Pembinaan Fizikal

     

    –       Pembinaan Perlindungan Tebing

    –       Pembinaan Tembok Penahan Banjir

    –       Pembinaan Outlet

    –       Pembinaan Rumah Pam

               

Lampiran

Tiada Lampiran.