BANTUAN BANJIR DAN BENCANA
77) BANTUAN BANJIR DAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bentuk bantuan banjir dan bencana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sumbangan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana dengan kadar tertentu seperti jadual berikut:
Bil. Perkara Kadar Maksimum (RM)
1. Mangsa banjir a. Banjir
b. Banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
500.00
250.00
(kadar maksimum setahun)
2. Mangsa kebakaran a. Musnah keseluruhan
b. Musnah sebahagian
500.00
250.00
3. Mangsa tanah runtuh dan ribut 500.00 4. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00 Kerajaan Negeri Selangor juga, melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah menyediakan bantuan dalam bentuk pek makanan kering untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa bencana. Di peringkat daerah, semua Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor akan membantu pengurusan bekalan dan penyediaan makan dan minum kepada mangsa bencana bagi tiga (3) hari pertama sekiranya pemindahan dilaksanakan dan kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
