BANTUAN BIASISWA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
87) BANTUAN BIASISWA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dan statistik para pelajar mengikut kaum yang telah menerima bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri pada masa kini?
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTA/ IPTS dalam pelbagai bidang. Bilangan pelajar yang telah menerima Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor (TKWBNS) mengikut kaum adalah seperti berikut:
TAHUN KAUM JUMLAH KESELURUHAN Melayu India Cina 2006 260 34 38 332 2007 401 22 20 443 2008 668 24 15 707 2009 705 37 17 759 2010* 400 4 12 416 JUMLAH 1105 41 29 2657 *setakat sesi 1/2010
