BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
64) BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini penerima bantuan tersebut mengikut DUN?
Sepertimana semua sedia maklum, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat/ individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan.
Ketika ini, Kerajaan Negeri hanya mempunyai rekod dan statistik penerima manfaat mengikut daerah dan bukannya mengikut DUN. Sehingga Oktober 2017, sejumlah 3,372 orang telah menerima manfaat daripada program ini sejak ianya mula dilaksanakan pada tahun 2008. Jumlah penerima manfaat mengikut daerah adalah seperti berikut :-
BIL.
DAERAH
JUMLAH PENERIMA MANFAAT (ORANG) 1. Petaling 182 2. Klang 482 3. Gombak 232 4. Hulu Langat 125 5. Kuala Langat 692 6. Sepang 256 7. Hulu Selangor 499 BIL.
DAERAH
JUMLAH PENERIMA MANFAAT (ORANG) 8. Kuala Selangor 341 9. Sabak Bernam 563 JUMLAH KESELURUHAN 3,372 orang
