Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
38) BANTUAN JKM KEPADA RUMAH PERLINDUNGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh JKM kepada rumah-rumah perlindungan dalam membantu kelangsungan pengoperasiannya?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jenis-jenis bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) ialah :
- Geran Rangsum : bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau datang secara harian ke PSK.
- Geran Pentadbiran : bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi pembayaran saguhati sukarelawan, sewa premis, utiliti, program latihan dalam bidang kebajikan serta berorientasikan komuniti.
- Elaun Khas Murid OKU : bantuan kewangan yang diberikan kepada OKU yang mengikuti program pendidikan khas di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Malaysia.
- Geran Per Kapita : diberikan kepada Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Geran Pembaikan : diberikan kepada PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian atau Berkediaman untuk mambaik pulih premis yang menjejaskan keselamatan penghuni, pengurusan pentadbiran dan aktiviti PSK.