BANTUAN KEMATIAN WARGA EMAS RAKYAT SELANGOR

75) BANTUAN KEMATIAN WARGA EMAS RAKYAT SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria / syarat untuk permohonan / tempat dan alamat untuk memohon dan lain - lain yang berkaitan kerana rakyat tidak jelas dengan bantuan ini.

    Syarat-syarat bagi permohonan Skim Mesra Usia Emas adalah seperti berikut:

    “Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas DAN

    1. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
    2. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sebelum 1 Februari 1974 dan sedang menetap di Selangor atau di Wilayah PersekutuanKuala Lumpur ; ATAU
    3. Telah bermastautin di Negeri Selangor  sekurang-kurangnya 15 tahun.

    Borang permohonan skim ini boleh didapati di semua pejabat khidmat DUN masing-masing dan borang permohonan tersebut perlu diserahkan semula kepada pejabat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.