Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
167) BANTUAN KEPADA PENANAM PADI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis-jenis bantuan yang masih diberikan kepada penanam padi di Negeri Selangor.
Bantuan yang diberikan kepada penanam padi adalah subsidi baja urea (80 kg/ha) dan subsidi baja sebatian (240 kg/ha). Selain daripada itu, bantuan dalam bentuk subsidi harga diberi sebanyak RM300/tan dan harga lantai padi ditetapkan pada RM1,200/tan.